Amzanurasni
Hello! Wallo!

Sebuah ikatan yang tiada kata putus. This diary was built since Aug.
"Ini ben10 b saya :)"




Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   



Nota akhir dari saya...

Yaa.. mungkin kali ni kisah yang kali terakhir saya tulis pasal kita.  'Kita' :) Awak.. Jujur saya cakap, saya dah penat. Dah terlalu putus asa. :') Putus asa untuk selamatkan, cari alasan untuk tambahkan lagi kisah diari kita ni. Tapi... saya tau. Dah tiba masa ia sampai penghujungnya. Setiap kisah, ada akhirnya, setiap lagu, pasti ada nadanya.. Dan saya tau.. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, kan?

Awak.........

Bila awak tengah baca diari kita ni, mungkin tiada lagi senyuman saya. Dulu, bila first time saya kenal awak, saya dah buat blog ni. Saya khaskan memang untuk kisah kita.. :) Sebab apa? Sebab saya taknak awak lupa semua kenangan kita. Saya juga dah janji akan bagi link diari ni bila dah tiba masanya nanti. Dan saya yakin, ini la masa paling sesuai saya bagi dekat awak. Mungkin diari ni useless untuk awak, tapi... hanya yang tahu menghargai saja yang akan tahu menghargainya. :)

Diari ni walaupun serba sedikit kisah tentang kita, saya tau, dan awak pun pasti sedar, terlalu banyak yang belum dicerita. Saya tak mampu nak cerita semua sebab terlalu banyak kisah antara kita kan. Tapi yang penting, saya sedaya upaya tak miss terlalu lama diari ni. Sejak kita mula kenal lagi saya dah mula tulis. :)

Bila awak dah baca semua nanti. Awak akan tau pahit manis kita. Saya cuma nak cakap.. saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tau saya banyak buat salah. Terlalu banyak kesalahan. Maafkan saya :')

Saya juga harap, awak dapat kesenangan dunia akhirat. Doa saya tetap ada untuk awak. Lagi satu.. saya betul-betul nak mengaku dulu, kadang-kadang saya cakap saya nak tidur, tapi sebenarnya tak.. Saya diam-diam update dekat blog ni. :) Maafkan saya.

Saya cuma nak awak tau, saya tak harapkan hubungan ni lagi.. tapi kalau memang ada peluang yang puas, saya tak akan sia-siakan. Tapi saya tau.. Saya tak akan dapat. Sebab awak dah ada perempuan lain kan? Maafkan saya :)

Dan akhir sekali, saya harap awak dapat Teman Pengganti :) Saya tetap doakan awak. Kita tetap sahabat. :)
Haa... lupa pulak nak gitau awak. Sedap tak nama ni "Amzanurasni" Hahahaha sebenarnya, saya dapat nama tu sejak saya save nama awak dekat hp. Awak ingat tak masa saya save nama awak "Husb" ? Masa tu juga saya tengah borak dengan kakak. Akak saya la yang gabungkan nama saya dengan nama awak. dan jadi lah AMZANURASNI. Sedap kan ? :) Kalau awak tak suka dengan nama tu, awak boleh buang. Maafkan saya :)

Pesanan saya...Bila awak dah baca semua dah dalam diari ni. Awak boleh delete blog ni :) Sebab dah tak ada makna bagi saya, awak, malah bagi sesiapa pun.. Bila awak dah baca.. Awak text saya okay. Ops.. Tak. Awak DM saya dekat twitter pun boleh. :) Sebab saya tau.. kredit awak hanya untuk orang yang penting lagi dan pastinya orang yang bukan macam saya. Bila awak dah baca, bagitau saya okay. Saya pasti akan delete. Bila dah delete diari ni, bermakna antara kita pun dah terhapus. :)

Awak pelik kenapa saya tak sebut nama kita dalam diari ni? Sebab awak tau perangai saya.. saya Tak suka satu dunia kenal siapa kita. Biarlah terus menjadi tanda tanya. Dan awak mesti pelik sebab blog saya satu lagi pun saya dah buang :) Sebab saya taknak sesiapa tau pun pasal hidup saya lepas ni.



Ogos-Dec '12

Semoga awak bahagia.
Love, End...